339 Pelajar IKTBN Alor Gajah Sertai Hari Cuci Malaysia 2025

    339 Pelajar IKTBN Alor Gajah Sertai Hari Cuci Malaysia 2025

    Sempena Hari Cuci Malaysia (HCM) 2025 telah di adakan Gotong Royong Perdana IKTBNAG, En. Asmori Hj. Sa'ahari, Pengarah, En Mohd Amiruddin Tim. Pengarah Pengurusan Latihan bersama warga kerja dan 339 pelajar IKTBN Alor Gajah bersama menyahut seruan "Rakan Prihatin @ Hari Cuci Malaysia"

    Gerak kerja gotong royong telah diselaraskan oleh En. Saiful Nizam Mohd. Pembantu Belia & Sukan, Aktiviti meliputi pengemasan bilik dan kemudahan disekitar asrama, pembersihan  persekitaran kawasan dewan dan stor sukan dan bengkel latihan.

    Aktiviti ini bukan sahaja menjadikan persekitaran lebih baik tetapi mewujudkan hubungan aktiviti sosial dikalangan warga kerja dan pelajar disamping membudayakan kebersihan demi masa depan negara yang lebih hijau, bersih dan sejahtera.

    Dalam ucapan, Pengarah IKTBN Alor Gajah mengucapkan syabas diatas penglibatan semua dalam melaksanakan Gotong Royong sempena World Cleanup Day 2025.


    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul
    #iktbnalorgajah
    #ILKBS
    #MalaysiaMadani
    #MADANIBekerja
    #RancakkanMADANI

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.