- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 334
Lawatan akademik MESLA Wire & Cable ke Jabatan Elektrik IKTBN Alor Gajah
BUKIT RAMBAI, 8 OKTOBER 2025 - Seramai 19 orang pelajar Jabatan Elektrik dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah telah menyertai Program Lawatan Akademik Peningkatan Kemahiran Teknikal ke Mesla Wire & Cable Sdn. Bhd. di Bukit Rambai, Melaka. Lawatan ini yang diketuai oleh En. Ilham Mahadan bersama dua orang pengajar, bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar Pendawaian Elektrik mengenai aplikasi teknologi dalam industri kabel.
Lawatan sehari ini, memberi fokus kepada penguasaan teknologi pengeluaran kabel dan sistem kawalan yang digunakan dalam proses penghasilan. Para pelajar mendapat pengalaman praktikal melalui sesi teori dan lawatan kilang yang merangkumi pengenalan kepada industri wayar & kabel, demonstrasi proses pembuatan kabel (seperti melukis, stranding, dan insulasi), serta sesi soal jawab bersama jurutera Mesla.
Antara objektif utama lawatan ini adalah untuk memahami aliran proses pengeluaran kabel dari bahan mentah hingga produk akhir, melihat demonstrasi sistem kawalan automasi, dan mendapatkan panduan terus daripada pakar industri. Pendedahan ini dijangka dapat memperkukuh kemahiran teknikal pelajar dalam mengendalikan sistem pengeluaran dengan selamat dan berkesan, sekaligus meningkatkan daya saing mereka dalam pasaran kerja sektor elektrik dan pembuatan.
Secara keseluruhan, program lawatan ini memberikan peluang keemasan kepada pelajar IKTBN Alor Gajah untuk melihat aplikasi dunia sebenar, menjadikan mereka lebih bersedia untuk menghadapi cabaran dalam industri 4.0 yang serba maju.
"Teknologi Elektrik: Dari Kelas ke Kilang Kabel."
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
