- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 6
Barisan Calon Pilihan Raya MPP IKTBN Alor Gajah Sesi 2026/2027 Mula Perkenalkan Manifesto
ALOR GAJAH, 22 Okt – Bahang Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah bagi Sesi 2026/2027 kian terasa apabila barisan calon secara rasmi mula memperkenalkan diri dan manifesto masing-masing kepada seluruh warga kampus hari ini.
Proses pengenalan ini dirangka khusus bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat watak-watak kepimpinan yang bakal membawa suara, kebajikan, serta aspirasi penuntut IKTBN Alor Gajah bagi tempoh satu tahun akan datang.
Pihak jawatankuasa pilihan raya kampus menyeru agar semua pelajar mengambil peluang ini untuk menilai manifesto, memahami visi yang ditawarkan oleh setiap calon, dan seterusnya membuat pilihan yang bijak serta bertanggungjawab demi memacu kegemilangan institusi.
Slogan "Suara anda, penentu ASPIRASI kita!" menjadi dilaungkan sebagai pembakar semangat bagi memastikan seluruh mahasiswa menjalankan tanggungjawab demokrasi mereka dalam memilih barisan kepimpinan MPP yang berwibawa, berintegriti, dan dinamik.
