Pegawai IKTBN Alor Gajah Perkasa Semangat Berpasukan Program Synergy 2026

    Pegawai IKTBN Alor Gajah Perkasa Semangat Berpasukan Program Synergy 2026

    AYER KEROH, 17 Okt – Dalam usaha memantapkan jalinan ukhuwah serta membina modal insan yang berintegriti, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah telah berjaya menganjurkan Program Synergy 2026 yang berlangsung di sekitar kawasan Ayer Keroh, di sini hari ini.

    Program yang dirangka khas untuk semua pegawai dan kakitangan institut ini padat dengan pelbagai pengisian berimpak tinggi, termasuk modul pembangunan sahsiah serta jati diri yang dikendalikan di Penjara Agro Dusun Dato' Murad.

    Penganjuran program tahunan ini bertindak sebagai platform strategik bagi memperkukuh hubungan silaturahim sesama warga kerja, memupuk semangat kerja berpasukan (teamwork) yang padu, serta membina nilai-nilai sahsiah positif di luar persekitaran pejabat rasmi.

    Melalui pendekatan interaktif dan pengisian kerohanian serta fizikal ini, pengurusan IKTBN Alor Gajah mengharapkan agar momentum kebersamaan ini dapat terus disemarakkan. Langkah ini penting bagi melonjakkan lagi komitmen, produktiviti, dan dedikasi seluruh warga kerja dalam mendukung visi kecemerlangan organisasi sebagai peneraju TVET negara.
     

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.