Budaya Kerja Berprestasi Tinggi, 7 Kakitangan IKTBN Alor Gajah Diiktiraf Di PICC

    Budaya Kerja Berprestasi Tinggi, 7 Kakitangan IKTBN Alor Gajah Diiktiraf Di PICC

    PUTRAJAYA — Seramai tujuh orang pegawai Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah telah menerima pengiktirafan tertinggi apabila dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Bagi Tahun 2026, baru-baru ini. 
    Penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Apresiasi Tahun 2026 Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang berlangsung gilang-gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 Julai lalu. 
    Turut hadir memberikan sokongan dan meraikan detik bersejarah para pegawai terbabit ialah Pengarah IKTBN Alor Gajah, Pn. Nor Azah Binti Ahmad Dahalan.
     
    Pengiktirafan berprestij ini merupakan satu bentuk penghargaan rasmi kerajaan ke atas komitmen, dedikasi, serta kecemerlangan mutu kerja yang dipamerkan oleh warga kakitangan dalam memikul amanah serta memberikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada kementerian dan rakyat. 
    Berikut merupakan senarai penuh tujuh penerima APC Tahun 2026 dari IKTBN Alor Gajah:
    • Ts. Mohd Amiruddin bin Tajudin (Gred DV10)
    • Faizul bin Ragiman (Gred E7)
    • Ahmad bin Hashim (Gred DV7)
    • Rohaya binti Adam (Gred E6)
    • Syed Muhammad Zulhelmi bin Abdullah (Gred S6)
    • Mohd Razaimie bin Ramly (Gred N2)
    • Sozana binti Jasman (Gred N2)
    Kejayaan para pegawai ini diharapkan dapat menjadi pemangkin serta suntikan semangat buat seluruh warga kerja IKTBN Alor Gajah untuk terus mengukuhkan budaya kerja berprestasi tinggi. Hal ini sekali gus berupaya menyemarakkan lagi aspirasi "ILKBS Profesional Terunggul" dalam usaha melahirkan modal insan TVET negara yang berkualiti tinggi dan berdaya saing di peringkat global.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.