- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 1
Dua Pelajar IKTBN Alor Gajah Raih Naib Johan Di Nusantara Master Chef Culinary Competition 2026
AYER KEROH, 3 Okt – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah terus melakar nama di pentas tinggi apabila dua orang penuntutnya berjaya merangkul gelaran Naib Johan dalam Nusantara Master Chef Culinary Competition 2026.
Pertandingan kulinari berprestij tersebut dianjurkan sempena Nusantara Education & Cultural Festival 2026 yang berlangsung di Grand Ballroom, AMES Hotel, Ayer Keroh, Melaka hari ini.
Kecemerlangan IKTBN Alor Gajah dalam kejohanan tersebut disumbangkan oleh:
- 🥈 Naib Johan (Kategori Nasi Goreng Nusantara): Saudara Mohd Aizid Azzmel Haqimie bin Mohd Ismail (Pelajar DHF34). Beliau membawa pulang hadiah tunai RM200 berserta sijil penghargaan.
- 🥈 Naib Johan (Kategori Pasta Nusantara): Saudara Muhammad Zarif bin Anuar (Pelajar DHF34). Beliau turut membawa pulang hadiah tunai RM200 berserta sijil penghargaan.
Kejayaan cemerlang kedua-dua peserta ini merupakan hasil bimbingan dan cetusan strategi daripada Encik Mohammad Amirul bin Abdullah yang bertindak selaku jurulatih pasukan.
Pencapaian luar biasa ini secara tidak langsung membuktikan keupayaan tinggi penuntut IKTBN Alor Gajah dalam mengaplikasikan kemahiran teknikal, kreativiti, serta inovasi dalam bidang kulinari, sekali gus meningkatkan keyakinan diri untuk berdaya saing di peringkat yang lebih kompetitif.
Pihak pengurusan IKTBN Alor Gajah menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para peserta serta jurulatih di atas dedikasi yang dicurahkan. Kejayaan ini diharap dapat menjadi pemangkin semangat buat seluruh warga institut untuk terus memacu kecemerlangan, selaras dengan slogan IKTBN Alor Gajah – Profesional Terunggul, TVET Pilihan Utama Kerjaya.
