- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 2
IKTBN Alor Gajah Sambut 5 Pelajar Berkeperluan Khas Sesi 2/2026 Untuk Kursus Pengurusan Kafe
ALOR GAJAH, 30 Sept – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah hari ini membuka pintunya bagi menyambut kehadiran seramai lima orang pelajar baharu Sesi 2/2026 yang akan mengikuti Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia Autisme dan Berkeperluan Khas.
Kesemua pelajar tersebut dipilih untuk mengikuti Kursus Pengurusan Kafe yang akan dijalankan secara praktikal di fasiliti premis @Kopi Loteng IKTBN Alor Gajah. Program khusus ini dirangka bagi memberikan pendedahan industri sebenar dalam bidang penyediaan makanan dan pengurusan operasi kafe.
Proses pendaftaran serta sesi taklimat penyesuaian diri telah berjalan dengan lancar di Electronic Conference Centre (ECC), IKTBN Alor Gajah. Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Hospitaliti, Encik Hairul Anuar Bin Zakariah, dengan dibantu secara dekat oleh barisan pengajar yang bakal mengendalikan modul latihan tersebut.
Pihak pengurusan bersama seluruh warga kerja IKTBN Alor Gajah menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada kumpulan pelajar baharu ini. Penganjuran program inklusif seumpama ini diharapkan dapat menjadi titik mula yang signifikan dalam memperkasa potensi, membina keyakinan diri, serta melengkapkan golongan belia berkeperluan khas dengan kemahiran teknikal demi pasaran kerja masa hadapan.
