Graduan Inklusiviti Belia Autisme dan Berkeperluan Khas

    Graduan Inklusiviti Belia Autisme dan Berkeperluan Khas

    13 September 2026 – Istiadat Konvokesyen ILKBS Ke-21 menyaksikan detik bermakna apabila graduan Program Inklusiviti Belia Autisme dan Berkeperluan Khas IKTBN Alor Gajah diraikan atas kejayaan menamatkan latihan kemahiran. Para graduan mengikuti Kursus Asas Pembuatan Pastri dan Barista yang memberi pendedahan kepada kemahiran praktikal serta persediaan ke arah dunia pekerjaan dan kehidupan berdikari.

    Lebih membanggakan, sijil penyertaan dan pengiktirafan kepada para graduan telah disampaikan oleh YB Tuan Mordi anak Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia sebagai tanda penghargaan terhadap usaha, kesungguhan dan pencapaian mereka.

    Tahniah dan syabas kepada semua graduan! Semoga kejayaan ini menjadi langkah baharu menuju masa depan yang lebih cerah dan bermakna.


    ILKBS Profesional Terunggul
    TVET Pilihan Utama Kerjaya

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.