- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 6
Anugerah Graduan Terbaik IKTBN Alor Gajah 2026
12 September : IKTBN Alor Gajah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Saudari Raudhah binti Suhaimi, graduan Diploma Teknologi Hospitaliti bidang Penyediaan Makanan, atas kejayaan menerima Anugerah Graduan Terbaik IKTBN Alor Gajah sempena Istiadat Konvokesyen ILKBS Ke-21. bertempat di PICC dan penyampaian Anugerah disempurnakan oleh YB. Dr. Taufiq Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan. Turut meraikan kejayaan beliau, Pn. Nor Azah binti Ahmad Dahalan, Pengarah dan pegawai IKTBN Alor Gajah.
Pengiktirafan ini membuktikan kecemerlangan, ketekunan, disiplin dan komitmen tinggi beliau sepanjang pengajian. Kejayaan tersebut turut mencerminkan potensi graduan TVET yang mampu membina kerjaya cemerlang serta menyumbang kepada pembangunan industri.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pelajar IKTBN Alor Gajah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dan mengharumkan nama institusi.
Tahniah dan syabas, Saudari Raudhoh! Terus melangkah yakin menuju masa hadapan yang gemilang.
ILKBS Profesional Terunggul
TVET Pilihan Utama Kerjaya
