- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 318
IKTBN Alor Gajah Kongsi Kepakaran Bersama MISDEC
Alor Gajah, 31 Oktober 2025 — Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah telah berjaya melaksanakan sesi lawatan Kunjung Hormat dan Perbincangan Kolaborasi bersama Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian dan Keusahawanan Melaka (MISDEC). Program yang berlangsung dengan lancar ini bertujuan mengukuhkan jaringan kerjasama strategik dalam usaha memperkasa sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri Melaka.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah IKTBN Alor Gajah, En. Asmori Hj. Sa'ahari, yang berkongsi perkembangan terkini mengenai pelaksanaan Program TVET Sukan di bawah Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), Kementerian Belia dan Sukan. Beliau turut menegaskan komitmen IKTBN untuk terus memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga mahir berkualiti yang memenuhi permintaan industri semasa.
Delegasi MISDEC diketuai oleh Pengarah Eksekutif, Encik Haiqal Syukri bin Jantan, yang hadir bersama wakil pengurusan bagi membincangkan peluang kerjasama, khususnya dalam pelaksanaan Program Pendawaian Elektrik. Sepanjang lawatan tersebut, delegasi dibawa meninjau kemudahan bengkel dan fasiliti latihan di IKTBN Alor Gajah, di samping sesi perkongsian kepakaran teknikal melibatkan tenaga pengajar.
Diharapkan kerjasama ini akan membuka ruang baharu dalam pembangunan program latihan, peningkatan kemahiran serta memperkukuh ekosistem TVET, sekaligus memberi manfaat kepada pelatih dan industri tenaga mahir di Melaka serta seluruh negara.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
