- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 345
IKTBN Alor Gajah Anjur PKI Rekabentuk Pepasangan Industri Bersama JKR
Alor Gajah, 28 Oktober 2025 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah telah berjaya menganjurkan Program Perkongsian Kepakaran Industri (PKI) dalam bidang kemahiran teknikal. Program ini, di bawah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) , bertujuan meningkatkan kemahiran tenaga kerja dan pemindahan ilmu TVET mengikut standard industri.
Kursus yang bertajuk "Rekabentuk Pepasangan Industri Mengikut Piawaian Jabatan Kerja Raya" ini telah berlangsung selama dua hari bermula 27 Oktober hingga 28 Oktober 2025. Fokus utama adalah dalam bidang Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik (ACVP/1.1/T2).
Bagi memastikan kualiti dan relevansi kandungan, CIAST (Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan) telah meluluskan permohonan PKI ini. Penceramah industri yang dilantik adalah Ir. Dr. Mohamad Norshahrani Bin Abdul Rahim. Beliau merupakan Pakar bidang JKR dan kehadirannya amat penting dalam berkongsi dengan 8 orang pengajar dari Jabatan Elektrik IKTBN Alor Gajah.
Kejayaan pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen berterusan IKTBN Alor Gajah/ KBS kolaborasi bersama antara agensi awam seperti KBS, JKR, dan CIAST dalam memperkasa ekosistem TVET negara.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
