- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 26
IKTBN Alor Gajah sertai Star Education Fair 2026
PUTRAJAYA, 17 Mei 2026 – Hari terakhir penganjuran Star Education Fair 2026 di IOI Putrajaya berlangsung meriah. Program ini berlangsung selama dua hari bermula 16 hingga 17 Mei 2026 dan telah menghimpunkan institusi pendidikan dan latihan kemahiran dengan tema “Where Education Shapes Tomorrow.”
Sepanjang program berlangsung, reruai IKTBN Alor Gajah telah dikunjungi oleh para pengunjung khususnya pelajar sekolah, ibu bapa dan pencari peluang pendidikan kemahiran yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kursus-kursus yang ditawarkan.
Pengunjung dapat berinteraksi secara langsung bersama pegawai dan pelajar IKTBN Alor Gajah bagi mendapatkan maklumat berkaitan kemasukan, kemudahan pembelajaran dan laluan kerjaya dalam bidang Elektrik & Hospitaliti
Penyertaan IKTBN Alor Gajah dalam program ini diharap dapat memperkukuhkan promosi pendidikan TVET serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peluang pendidikan kemahiran yang ditawarkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#haribelianegara2026
#IKTBNAGteamskills
#iktbnalorgajah
#TeamKBS
#MalaysiaMadani
