- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 34
KSU KBS & KP JBSN Singgah Reruai IKTBN Alor Gajah, Puji Kemahiran Pelajar
Seremban | 16 Mei – Reruai IKTBN Alor Gajah (Reruai 59) menerima kunjungan kehormat daripada Ketua Pengarah JBSN, Puan Azura Abidin, sempena sambutan Hari Belia Negara 2026. Beliau meluangkan masa beramah mesra bersama barisan pengajar, pelajar, dan alumni yang hadir memberikan sokongan padu. Dalam kunjungan tersebut, beliau turut menzahirkan ucapan tahniah serta rasa bangga atas perkongsian kemahiran yang dipamerkan oleh para pelajar.Suasana di reruai bertambah seri dengan kehadiran Ketua Setiausaha KBS, YBhg Dato' Rahimi bin Ismail. Beliau bersama Puan Azura Abidin tidak melepaskan peluang untuk beraksi mencuba sendiri aktiviti kemahiran menghias cupcake yang dikendalikan oleh warga IKTBNAG.Sambil beramah mesra bersama pengajar dan pelajar, YBhg Dato' KSU turut memberikan pujian serta menyatakan rasa bangga terhadap mutu kemahiran tinggi yang ditunjukkan oleh kontinjen IKTBN Alor Gajah.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#haribelianegara2026
#IKTBNAGteamskills
#iktbnalorgajah
#TeamKBS
#MalaysiaMadani
