IKTBN Alor Gajah, V.L.P Engineering Jalin Kerjasama Pemantapan Kurikulum Teknologi Elektrik

    IKTBN Alor Gajah, V.L.P Engineering Jalin Kerjasama Pemantapan Kurikulum Teknologi Elektrik

    ALOR GAJAH, 22 Julai — Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah terus memperkukuh ekosistem pengajian sektor elektrik apabila memeterai perbincangan kerjasama strategik bersama syarikat kejuruteraan tempatan, V.L.P Engineering Sdn. Bhd., hari ini.
    Langkah ini diambil bagi memastikan pelatih bidang elektrik di institusi tersebut mendapat pendedahan terus terhadap standard industri, teknologi automasi, dan sistem pendawaian terkini yang diguna pakai di pasaran luar.
    Sesi perbincangan itu dipengerusikan oleh Pengarah IKTBN Alor Gajah, Puan Nor Azah Binti Ahmad Dahalan, bersama barisan ketua bahagian. Manakala pihak V.L.P Engineering Sdn. Bhd. pula diwakili terus oleh Pengarahnya, Encik Mohd Khairi bin Azmi.
    Antara intipati utama yang dipersetujui adalah perkongsian kepakaran teknikal, program pensijilan profesional, serta peluang penempatan latihan industri (LI) yang lebih sistematik untuk para pelatih. Kolaborasi ini juga bakal membuka ruang kepada barisan tenaga pengajar IKTBN Alor Gajah untuk menjalani latihan industri bagi meningkatkan kemahiran (upskilling) mengikut arus teknologi semasa.
    Sinergi erat ini dijangka mampu melahirkan lebih ramai graduan TVET dalam bidang elektrik yang kompeten, berdaya saing, serta sedia memenuhi permintaan pasaran tenaga kerja negara.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.