Pertandingan IDEA’26: Budaya Inovasi Pemangkin Kecemerlangan Warga TVET IKTBN Alor Gajah

    ALOR GAJAH, 7 Julai –Pasukan inovasi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah melakar kejayaan membanggakan apabila membawa pulang satu pingat emas dan empat pingat perak dalam Pertandingan IDEA’26, baru-baru ini. Pertandingan yang membawa tema "Dari Idea Menjadi Realiti, Inovasi Mengukur Prestasi!" itu telah dianjurkan oleh IKTBN Temerloh di bawah seliaan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Pencapaian cemerlang tersebut membuktikan keupayaan, kreativiti, serta kepakaran warga Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam menghasilkan projek berimpak tinggi yang mampu memberi sumbangan kepada industri dan masyarakat.
    Menerusi pertandingan itu, projek Automated Power Cut-Off & Energy Management System telah dinobatkan sebagai penerima Pingat Emas. Projek ini dibangunkan oleh gandingan pelatih Sdra. Noor Aiman Khairularifin Bin Faisal, Sdra. Muhammad Syamsuri Bin Zamri, dan Sdra. Muhammad Amin Bin Hassan, dengan bimbingan pensyarah En. Mohd Ilham Bin Mahadan serta En. H.R. Onn Bin Jaafar. Sementara itu, empat lagi projek inovasi IKTBN Alor Gajah yang berdaya saing tinggi turut diiktiraf dengan Pingat Perak.
    Berikut merupakan senarai penuh projek dan barisan inovator bagi kategori Pingat Perak:
    • Smart Current Leakage Detection System
      • Inovator: Sdri. Nur Faqihah Dania Binti Zulkifli, Sdri. Anis Farhana Binti Abd. Aziz, Sdri. Nur Faiqah Dayana Binti Mohd Ridzuan
      • Pensyarah Pembimbing: En. Muhammad Nooramin Bin Ahmad
    • E-HOTCAT: Platform Pendidikan
      • Inovator: Sdri. Nik Nurul Akhma Binti Nik Man, Sdra. Muhammad Irfan Bin Malek Faisal, Sdri. Nurin Zulaikha Binti Abdullah Zabur
      • Pensyarah Pembimbing: Pn. Nur Sarina binti Khairruddin
    • Pandaluxe Natural Pandan Sweetener Cube
      • Inovator: Sdri. Hia Auni binti Yazit, Sdri. Noor Asyiqin binti Bahari, Sdri. Siti Hawa Nor Ain binti Mohd Azam
      • Pensyarah Pembimbing: Pn. Siti Zubaidah binti Bakri, Pn. Nurul Baity binti Maarof
    • A Barista Starter E-Kit (With Interactive Brew Demo)
      • Inovator: Sdri. Alya Dini Binti Hafiz Khairi, Sdri. Sudhearvilhy A/P Marimuthu, Sdri. Nurul Syazwani Abdul Manaf
      • Pensyarah Pembimbing: Pn. Rohaya Binti Adam
    Kejayaan ini sekali gus meletakkan nama IKTBN Alor Gajah sebagai antara institusi latihan kemahiran yang kompetitif dalam melahirkan modal insan TVET yang bukan sahaja berkemahiran teknikal, malah berani meneroka bidang inovasi demi transformasi masa hadapan negara.
     

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.