
- Dzulkifli Bujang
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 69
Kejayaan Inovasi & Pertandingan Kemahiran Mantapkan Kredibiliti
Bertempat di Dewan Tun Syed Ahmad Al-Haj IKTBN Alor Gajah telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah.
Dalam ucapan Tn. Asmori Hj. Sa'ahari, Pengarah IKTBNAG. Beliau menzahirkan rasa bangga diatas pencapaian pelajar & pengajar yang memperolehi kejayaan dengan penyertaan dalam Pertandingan Inovasi, Asean Robot Competition, World Chef Championship, Melaka Culinary Challenge dan kelayakan WSMP & WSMB 2025.
Penyampaian Anugerah warga kerja IKTBNAG, Anugerah CGPA Terbaik, Kempen Jom Membaca 10 Minit, sijil serta pingat pencapaian & penghargaan pertandingan turut disampaikan bagi memberi pengiktirafan kepada mereka yang mencapai tahap prestasi terbaik dan seterusnya sebagai galakan kepada semua untuk menjalankan tugas dengan lebih cemerlang. Turut diraikan pegawai yang bersara dan melapor diri.
Penyerahan Bendera IKTBNAG kepada Kontinjen Atlit IKTBNAG bagi penyertaan Kejohanan Sukan ILKBS 2025 serta kibaran jalur gemilang turut diadakan .
TAHNIAH dan SYABAS kepada semua pelajar dan wargakerja IKTBNAG diatas segala komitmen dan pencapaian yang membanggakan.
IKTBN Alor Gajah Terus Cemerlang
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul