
Seramai 20 orang pegawai dan pelajar telah menghadiri Kursus Multi Camera Production yang telah disampaikan oleh En. Muhammad Zulhilmi dari IKBN Bandar Penawar dan penceramah jemputan. Peserta dapat mempelajari cara mengendalikan lebih daripada satu kamera secara serentak dalam sesuatu rakaman, menyusun sudut pandangan dengan lebih efektif serta memahami kepentingan koordinasi dalam pasukan produksi.
Di samping itu, peserta turut berpeluang mempelajari teknik asas dalam pengambilan gambar menggunakan kamera DSLR dengan kreatif dan penggunaan yang tepat. Ini bukan sahaja membantu menghasilkan kandungan video dan gambar yang lebih berkualiti dan menarik terutama berkaitan penyediaan video atau gambar program institut dan penyediaan bahan pengajaran oleh pengajar IKTBN Alor Gajah. Pn. Mariyati Asri, KCHI & PA turut sama menyertai program.
TVET Pilihan Utama
Kerjaya ILKBS Profesional Terunggul
#ilkbs #iktbnalorgajah #MalaysuaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja