- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 113
KESKA : Relax and Protect Nature Eco-Cruise Sungai Linggi 2026
Masjid Tanah | 9 Februari , IKTBN Alor Gajah melalui Kelab Sukan dan Kebajikan (KESKA) telah berjaya menganjurkan Program Pelayaran Eco-Cruise Sungai Linggi pada 06 Februari 2026 (Jumaat) bertempat di Jeti Paya Lebar, Kampung Paya Lebar. Program berkonsepkan Explore, Relax & Protect Nature ini bertujuan memupuk semangat sepasukan serta menyemai kesedaran cintakan alam sekitar dalam kalangan warga IKTBN.
Menurut penganjur Pn. Norsuhaila Hj. Kasah, Pengerusi KESKA IKTBN Alor Gajah, program ini bukan sahaja memberi pengalaman rekreasi berasaskan alam semula jadi, malah menjadi platform pendidikan kelestarian yang berkesan. Program ini turut mengukuhkan hubungan silaturahim serta komitmen bersama ke arah pemeliharaan ekosistem sungai.
