- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 45
Bidang Penyajian raih anugerah dalam Majlis Anugerah Institusi TVET 5 Bintang
Kuala Lumpur | 10 Februari 2026 – IKTBN Alor Gajah menerima Anugerah Institusi TVET 5 Bintang bagi Bidang Penyajian Kod I561-002-3:2018 dalam Majlis Anugerah Institusi TVET 5 Bintang yang berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, World Trade Centre Kuala Lumpur.
Majlis anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bersama Kementerian Sumber Manusia itu telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia. IKTBN Alor Gajah diwakili oleh En. Hairul Anuar bin Zakariah (Wakil Pengarah), Nur Sarina binti Khairruddin dan Mohamad Akmal bin Rasid.
Pengiktirafan ini membuktikan komitmen berterusan institusi dalam memperkukuh kualiti latihan kemahiran serta melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing.
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
