Kreativiti Kek Membawa Tuah, Nur Iman Harumkan Nama IKTBN Alor Gajah Di Limbongan

    Kreativiti Kek Membawa Tuah, Nur Iman Harumkan Nama IKTBN Alor Gajah Di Limbongan

    Melaka. 18 Julai - Pelatih Bahagian Penyediaan Pastri Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah melakar prestasi membanggakan apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Hiasan Kek yang berlangsung di Tarcor Park, Limbongan, baru-baru ini. Pertandingan tersebut diadakan sempena Festival Layang-Layang Antarabangsa & Karnival Usahawan Negeri Melaka pada Sabtu, 18 Julai yang lalu.
    Dalam saingan yang menuntut kreativiti dan ketelitian tinggi itu, Nur Iman Binti Suhaimi muncul sebagai pemenang tempat ketiga, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300. Bagi menghadapi cabaran edisi kali ini, Bahagian Penyediaan Pastri IKTBN Alor Gajah telah mempertaruhkan seramai lapan orang pelatih berbakat untuk bersaing mempamerkan kemahiran seni menghias kek masing-masing.
    Kehadiran Puan Nor Azah Binti Ahmad Dahalan, Pengarah IKTBN Alor Gajah bersama Ketua Jabatan Hospitaliti, En. Hairul Anura bin Zakariah di tapak pertandingan nyata memberikan suntikan moral dan pembakar semangat yang tinggi kepada kesemua peserta institusi berkenaan.Pihak pengurusan institusi turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua pelatih serta jurulatih yang terlibat atas dedikasi yang diberikan, selain berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan serta doa terhadap kejayaan warga kampus.
    Pencapaian ini sekali lagi membuktikan komitmen berterusan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dalam memperkasakan potensi pelatih bidang hospitaliti, selaras dengan matlamat melahirkan tenaga mahir TVET yang kompetitif dan berdaya saing di pasaran kerja.
     

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.