IKTBN ALOR GAJAH ANJUR SEPAK TAKRAW, PERKUKUH JALINAN BERSAMA ALUMNI

    IKTBN ALOR GAJAH ANJUR SEPAK TAKRAW, PERKUKUH JALINAN BERSAMA ALUMNI

    ALOR GAJAH, 4 Julai – Semangat kesukanan dan ukhuwah jelas terpancar menerusi penganjuran Perlawanan Persahabatan Sepak Takraw Bersama Alumni bertempat di Gelanggang Sepak Takraw Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah, di sini hari ini.

    Program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) itu berlangsung dari jam 8:00 pagi hingga 1:00 tengah hari. Aktiviti sukan ini berjaya menghimpunkan kira-kira 40 orang peserta yang terdiri daripada barisan pelajar, pegawai institusi, dan para alumni IKTBN Alor Gajah.

    Selain memupuk budaya hidup sihat, program ini bertindak sebagai platform perkongsian ilmu apabila golongan alumni berpeluang berkongsi pengalaman kerjaya serta cabaran dalam industri semasa bagi memberikan dorongan motivasi kepada pelajar sebagai persediaan mendepani dunia pekerjaan kelak.

    Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Cawangan Enrolmen dan Rekod Bahagian HEP IKTBN Alor Gajah, En. Syed Muhammad Zulhelmi Abdullah. Turut hadir menyelaraskan kelancaran program ialah Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Encik Zamni Ani dan Encik Muhammad Asraf Mohd Jamil.

    Pihak pengurusan institusi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta serta jawatankuasa penganjur yang komited menjayakan program ini. Penganjuran aktiviti seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai medium memperkukuh jaringan alumni, memupuk semangat kekitaan, serta menyokong pembangunan sahsiah pelajar TVET yang holistik.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.