BUDAYA INTEGRITI DIPERKASA, KECEMERLANGAN WARGA IKTBN ALOR GAJAH TERUS DIIKTIRAF

    BUDAYA INTEGRITI DIPERKASA, KECEMERLANGAN WARGA IKTBN ALOR GAJAH TERUS DIIKTIRAF

    ALOR GAJAH, 3 Julai – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi tempoh April hingga Jun 2026 bertempat di Surau Al-Qardawi, di sini hari ini.
    Majlis tersebut bertindak sebagai wadah rasmi bagi memperkukuh penyampaian maklumat, memupuk budaya integriti dalam kalangan penjawat awam, serta menghargai pencapaian cemerlang warga institut. Sesi dimulakan dengan Lafaz Ikrar Integriti Penjawat Awam, bacaan doa, dan tayangan video refleksi aktiviti suku tahun kedua institusi.

    Program telah disempurnakan oleh Pengarah IKTBN Alor Gajah, Puan Hajjah Nor Azah Binti Ahmad Dahalan. Dalam amanatnya, beliau menyeru seluruh warga kerja dan pelajar supaya sentiasa proaktif mengemukakan idea penambahbaikan demi kecemerlangan organisasi. Beliau turut menggalakkan Jabatan Teknologi Hospitaliti dan Jabatan Teknologi Elektrik untuk memacu produk inovatif yang bernilai komersial tinggi bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.

    Bagi menghargai kecemerlangan warga kampus, majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah dan sijil bagi Program Ekspresi Bakat ILKBS yang merangkumi kategori Sports Challenge, Spelling Bee, ILKBS Idol, Explorace, dan Nasyid.

    Turut diraikan dalam perhimpunan tersebut ialah para penerima anugerah Kejohanan Sukan ILKBS 2026, Pertandingan Inovasi, World Chef Championship 2026, Pertandingan Asrama Terbaik, Anugerah Tokoh Pelajar Terbaik, serta Anugerah Pekerja Terbaik bulanan.

    Penganjuran perhimpunan berskala besar ini membuktikan komitmen berterusan IKTBN Alor Gajah dalam membudayakan integriti dan memacu inovasi sebagai pemangkin utama melahirkan modal insan TVET yang kompeten di peringkat industri negara.
    "Menyemai Integriti • Memacu Inovasi • Mengangkat Kecemerlangan IKTBNAG"
     

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.