- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 22
Majlis Penerimaan Bas Baharu IKTBN Alor Gajah
Masjid Tanah | 18 Mac 2026 – IKTBN Alor Gajah hari ini menerima sebuah bas baharu bagi kegunaan rasmi institusi. Majlis penerimaan dari pembekal telah diterima oleh Pengarah, En. Asmori Hj. Sa’ahari bersama pegawai dan kakitangan. Dalam proses penerimaan diadakan pemeriksaan dan taklimat berkaitan aset kepada pemandu dan pegawai yang hadir.
Kemudahan ini bertujuan menyokong pelaksanaan program, lawatan industri serta aktiviti pelajar dan kakitangan dengan lebih efisien. Selain meningkatkan aspek logistik, bas baharu ini juga memberi keselesaan dan keselamatan kepada pelajar dan kakitangan institut.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), KBS dan IKTBN Alor Gajah dalam menyediakan kemudahan terbaik demi menyokong aktiviti pembelajaran dan kecemerlangan latihan kemahiran.
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
