- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 46
Majlis Penutup Program Khatam Peringkat IKTBN Alor Gajah 1447H
Masjid Tanah | 12 Mac 2026 – Majlis Penutup Program Khatam Peringkat IKTBN Alor Gajah 1447H bertempat di Surau Al-Qardhawi IKTBN Alor Gajah. Program tadarus sempena bulan ramadan peringkat institut telah dilaksanakan bermula 2 Ramadan 1447H melibatkan semua pelajar jabatan teknologi elektrik & hospitality. Tadarus dilaksanakan secara berkumpulan mengikut bidang kemahiran dan di bimbing oleh team Rakan Belia YADIM IKTBNAG.
Majlis Perasmian Penutup Program telah disempurnakan oleh En. Asmori Hj. Sa’ahari, Pengarah IKTBN Alor Gajah, turut hadir TImbalan Pengarah Pengurusan Latihan dan Timbalan Pengarah Pengurusan & HEP dan pegawai institut. Dalam ucapan beliau mengingatkan pelajar untuk memperbanyakkan amalan dibulan ramadan dan menjaga keselamatan diri apabila cuti berhari raya nanti. Pengisian program tazkirah ramadan turut diadakan dan disampaikan oleh Ustaz Muhammad Dzarif.
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
