Majlis Sanjungan Budi & Perhimpunan Bulanan IKTBN Alor Gajah

    Majlis Sanjungan Budi & Perhimpunan Bulanan IKTBN Alor Gajah

    Masjid Tanah | 24 April 2026 –  Bertempat di Surau Al-Qardawi IKTBN Alor Gajah telah adakan Majlis Sanjungan Budi & Perhimpunan Bulanan IKTBN Alor Gajah yang diselaraskan oleh Unit Pentadbiran & Kewangan bersama Caw. Hal Ehwal Pelajar,

    Yang diraikan Pn. Norsuhaila Hj. Kasa bertukar ke ADTEC Selandar, En. Badrulhisham Sharif, bersara dan En. Asmori Hj. Sa’ahari Pengarah IKTBN Alor Gajah bertukar ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.

    Tuan Pengarah dalam ucapan turut menyampaikan amanat yang menekankan kepentingan komitmen, integriti dan kecemerlangan dalam perkhidmatan. Majlis kemudian diserikan dengan penyampaian pelbagai anugerah termasuk Sijil Khas Pengarah dan Anugerah Khas Pekerja Terbaik (AKPT) sebagai tanda penghargaan kepada warga kerja yang cemerlang serta sijil penghargaan kepada pelajar dan barisan Majlis Perwakilan Pelajar,

    Acara diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pegawai yang diraikan serta sesi bergambar kenangan sebelum majlis bersurai. Program ini jelas mencerminkan semangat kekeluargaan dan penghargaan dalam kalangan warga IKTBN Alor Gajah.

    ILKBS Profesional Terunggul
    #iktbnalorgajah
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.