- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 39
Program National Aspire Career Fair UTeM X MYFutureJobs
Melaka | 21 April 2026 – Telah berlangsung Program National Aspire Career Fair UTeM X MYFutureJobs anjuran PERKESO Negeri Melaka. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kebolehpekerjaan dan sekaligus mengatasi masalah pengangguran.
Seramai 56 orang pelajar semester akhir Jabatan Hospitaliti & Elektrik bersama dua (2) orang Pegawai Cawangan Hubungan Industri & Perhubungan Awam (CHI) iaitu Puan Mariyati binti Asri dan Encik Mohd Syahmi bin Md Lasa telah menyertai program ini. Program ini dapat memberi pendedahan pemilihan kerjaya serta pengalaman menyertai sesi temuduga dalam menempuh alam pekerjaan pada masa hadapan.
Tambahan itu, pihak CHI turut memanfaatkan peluang ini untuk mengadakan pertemuan dengan syarikat-syarikat yang berpotensi bagi menjalin kerjasama strategik.
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
