Mantap di Kampus, Cemerlang di Industri: Sesi Taklimat Latihan Industri IKTBN Alor Gajah

    Mantap di Kampus, Cemerlang di Industri: Sesi Taklimat Latihan Industri IKTBN Alor Gajah

    Masjid Tanah |9 Januari 2026 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah telah menganjurkan Sesi Amanat Pengarah dan Taklimat Latihan Industri (LI) Pelajar Sesi 1/2026, melibatkan 115 orang pelajar daripada bidang Hospitaliti dan Elektrik.

    Amanat disampaikan oleh Pengarah IKTBN Alor Gajah, Encik Asmori Hj. Saahari, yang menekankan disiplin, integriti, sahsiah, serta kesiapsiagaan pelajar menghadapi dunia pekerjaan sebenar. Taklimat berkaitan kebajikan pelajar LI dibentangkan oleh Cawangan Hal Ehwal Pelajar (HEP), manakala tatakelola dan garis panduan latihan industri disampaikan oleh Pegawai Cawangan Hubungan Industri (CHI). Turut hadir Puan Mariyati Asri, KCHI, serta para Penyelaras LI Jabatan Hospitaliti & Elektrik.

    Program ini bertujuan memastikan pelajar memahami sepenuhnya peraturan, tanggungjawab, serta peluang pembelajaran sepanjang tempoh latihan industri, sekali gus membina asas bagi mereka untuk mantap di kampus dan cemerlang di industri.

     

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul
    #iktbnalorgajah
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja
    #MalaysiaMadaniRakyatDisantuni

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.