Majlis Apresiasi Pelajar Semester Akhir IKTBN Alor Gajah

    Majlis Apresiasi Pelajar Semester Akhir IKTBN Alor Gajah

    Masjid Tanah | 10 Januari 2026 – Majlis Makan Malam Apresiasi Pelajar Semester Akhir Sesi 1/2026 telah berlangsung dengan penuh meriah di Rafflesia Café, IKTBN Alor Gajah. Majlis ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen, usaha dan pencapaian pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka di institusi ini.

    Majlis dimulakan dengan ucapan wakil pelajar, Muhammad Arif Mohd Rafi (DLC 02 1/23), yang menzahirkan rasa terima kasih serta berkongsi kenangan manis dan pengalaman berharga sepanjang bergelar pelajar IKTBN Alor Gajah.

    Pengarah IKTBN Alor Gajah, Encik Asmori Hj. Sa’ahari, turut menyampaikan amanat dan nasihat kepada para pelajar agar terus mengekalkan disiplin, integriti dan semangat kecemerlangan dalam menghadapi cabaran alam pekerjaan serta kehidupan selepas bergelar graduan.

    Majlis turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Pelajar sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik, sahsiah dan penglibatan pelajar. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Encik Saiful Maarof Masrom, Timbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar, serta para pegawai IKTBN Alor Gajah.

    Majlis ini diharapkan menjadi suntikan semangat kepada para pelajar semester akhir untuk melangkah ke alam kerjaya dengan lebih yakin, selaras dengan tema “Recognizing Success, Empowering Graduates.”

     

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul
    #iktbnalorgajah
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja
    #MalaysiaMadaniRakyatDisantuni

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.