- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 1
Mesyuarat Pengurusan Center of Excellence (CoE) Bidang Hospitaliti
ALOR GAJAH, 28 Sept – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah telah dipilih menjadi tuan rumah bagi menjayakan Mesyuarat Pengurusan Center of Excellence (CoE) Bidang Hospitaliti Bilangan 1 Bagi Tahun 2026 yang berlangsung secara hibrid di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, di sini hari ini. Mesyuarat berimpak tinggi ini telah dipengerusikan oleh Pengarah IKTBN Alor Gajah, Puan Nor Azah binti Ahmad Dahalan. Sesi ini turut dihadiri oleh barisan perwakilan utama daripada Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) yang merangkumi Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan, serta Ketua Bahagian Hospitaliti dari pelbagai cawangan termasuk IKBN Kemasik, IKBN Peretak, IKTBN Bachok, IKBN Miri, dan IKBN Bandar Penawar secara bersemuka mahupun dalam talian.
Fokus utama perbincangan terarah kepada memperincikan peranan dan fungsi CoE, penyelarasan gerak kerja pembangunan kurikulum, penyelarasan aktiviti berkala, serta merangka hala tuju strategik jangka panjang bagi bidang Hospitaliti di bawah naungan ILKBS. Penganjuran mesyuarat ini bertindak sebagai platform kritikal dalam memperkukuh jalinan kerjasama strategik serta perkongsian kepakaran rentas institusi. Langkah proaktif ini amat penting bagi memastikan bidang Hospitaliti ILKBS sentiasa dinamik, relevan dengan kehendak pasaran industri moden, dan selari dengan transformasi teknologi serta landskap TVET semasa.
ILKBS Profesional Terunggul | TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul | TVET Pilihan Utama Kerjaya
