- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 6
Naziran Pematuhan Perakauanan Akruan IKTBN Alor Gajah 2026
8 September 2026 -Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah telah menerima Pasukan Naziran Perakaunan Akruan, Bahagian Akaun, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi pelaksanaan Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan 2026 pada 7 hingga 8 September 2026.
Pasukan naziran yang diketuai oleh Akauntan, Puan Nursalmi binti Aziz telah melaksanakan semakan meliputi aspek pengurusan hasil/terimaan serta perekodan aset dalam sistem.
Pelaksanaan naziran ini bertujuan memastikan Pusat Tanggungjawab (PTJ) mematuhi peraturan kewangan dan perakaunan yang sedang berkuat kuasa, di samping memperkukuh ketepatan rekod, akauntabiliti dan tadbir urus kewangan yang cekap serta berintegriti.
Sesi mesyuarat penutup telah dipengerusikan oleh Puan Surinah binti Siron, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, IKTBN Alor Gajah. Komitmen berterusan terhadap pematuhan dan tadbir urus yang baik menjadi asas dalam memastikan pengurusan kewangan IKTBN Alor Gajah sentiasa teratur dan berakauntabiliti.
“Memperkasa Tadbir Urus, Memantapkan Pematuhan.”
ILKBS Profesional Terunggul
TVET Pilihan Utama Kerjaya
