- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 3
Kursus Pengenalan Skuad Muda RELA IKTBN Alor Gajah
6 SEPTEMBER 2026– Seramai 69 orang pelajar Semester 1 IKTBN Alor Gajah daripada pelbagai jurusan menyertai Kursus Pengenalan Skuad Muda RELA IKTBN Alor Gajah yang berlangsung pada 4 hingga 6 September 2026.
Penganjuran kursus ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada peserta mengenai asas RELA, disiplin, keselamatan serta peranan dan tanggungjawab anggota, sekali gus membentuk pelajar yang berdisiplin, bertanggungjawab dan peka terhadap aspek keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Surinah binti Siron, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKTBN Alor Gajah mewakili Pengarah IKTBN Alor Gajah. Turut hadir, PgKR Razali bin Salim, Penolong Pegawai RELA Daerah Melaka Tengah, dan En. Syed Muhammad Zulhelmi bin Abdullah, Ketua Cawangan Enrolmen dan Rekod IKTBN Alor Gajah.
ILKBS Profesional Terunggul
TVET Pilihan Utama Kerjaya
TVET Pilihan Utama Kerjaya
