- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 179
Pelajar IKTBN Alor Gajah Sertai Sambutan Hari Kesukarelaan Belia Malaysia 2025
PUTRAJAYA | 6 Disember 2025 – Seramai 10 orang pelajar bersama 2 orang pegawai, iaitu Puan Salihah dan Encik Razaimie dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah telah menyertai Sambutan Hari Kesukarelaan Belia Malaysia 2025 yang berlangsung bersempena Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku bertempat di Dataran Putrajaya.
Penyertaan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti kesukarelaan yang dianjurkan, sekali gus mendedahkan mereka kepada peranan belia dalam pembangunan masyarakat dan negara. Program ini turut menjadi platform pembelajaran luar bilik darjah yang menekankan nilai kepimpinan, kerjasama berpasukan serta tanggungjawab sosial.
Penglibatan pelajar IKTBN Alor Gajah dalam program ini diharapkan dapat memperkasa pengalaman dan kefahaman mereka terhadap budaya kesukarelaan belia, selaras dengan pelaksanaan modul pembangunan insan yang diterapkan di IKTBN Alor Gajah.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
