- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 197
IKTBN Alor Gajah sertai Kejohanan Sukan Parlimen Masjid Tanah
ALOR GAJAH | 5 Disember 2025 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah telah menghantar kontinjen pegawai dan kakitangan bagi menyertai Kejohanan Sukan Antara Jabatan & Sukan Veteran Parlimen Masjid Tanah sempena Karnival Masjid Tanah: Kampung Kita Tahun 2025.
Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka. Kejohanan ini melibatkan penyertaan 16 kontinjen yang mewakili 21 agensi, jabatan dan institusi pengajian tinggi (IPT) di bawah Parlimen Masjid Tanah, sekali gus mencerminkan penganjuran sukan berskala besar yang berteraskan semangat perpaduan dan kesukanan.
Kejohanan telah berlangsung pada 5 hingga 6 Disember 2025 bertempat di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah dan Kompleks Sukan Masjid Tanah. Sebanyak 10 acara sukan telah dipertandingkan dan disertai oleh atlet IKTBN Alor Gajah, antaranya futsal, bola sepak sembilan sebelah, bola jaring, dart, karom, ping-pong, sepak takraw, bola tampar (kategori lelaki dan wanita) serta badminton.
Dalam kejohanan ini, kontinjen IKTBN Alor Gajah telah mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih Naib Johan bagi acara dart dan Tempat Ketiga bagi acara Bola Tampar Wanita.
Tahniah diucapkan kepada seluruh kontinjen sukan IKTBN Alor Gajah atas komitmen, semangat kesukanan dan muhibah yang ditunjukkan sepanjang kejohanan ini.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
