- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 182
Pelajar IKTBN Alor Gajah Tingkatkan Kepimpinan Melalui Program Jati Diri dan Perkhemahan
Perak | 23 Disember 2025 – Seramai 35 pelajar Diploma Teknologi Hospitaliti Penyediaan Makanan semester 2/2025 bersama 2 pegawai telah menyertai Program Jati Diri dan Perkhemahan Subjek Kepimpinan 3 (UHP 530) yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Kampar dan Gua Tempurung, Perak dari 21 hingga 23 Disember 2025.
Program ini bertujuan melatih kemahiran kepimpinan, disiplin, dan jati diri pelajar melalui pembelajaran berasaskan pengalaman. Antara aktiviti utama ialah kayak di Kompleks Rakan Muda Kampar, yang menekankan kerjasama pasukan, komunikasi dan pengurusan risiko, serta jelajah Gua Tempurung, yang mencabar ketahanan fizikal dan mental, sambil meningkatkan kesedaran keselamatan dan kelestarian alam.
Program diselaraskan sepenuhnya oleh pelajar dengan pemantauan En. Mohd Syahmi Md. Lasa. Majlis penutup disempurnakan oleh En. Asmori Hj. Sa’ahari, Pengarah IKTBN Alor Gajah, yang menzahirkan penghargaan kepada penganjur, fasilitator dan peserta. Beliau berharap program seumpama ini dapat diteruskan bagi melahirkan graduan berdaya saing, berintegriti dan berkeyakinan tinggi, sejajar dengan aspirasi institusi dan keperluan industri semasa.
