- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 207
Pelajar & Pegawai IKTBN Alor Gajah Sertai Klinik Motocross Negeri Melaka 2025
Alor Gajah |13 Disember 2025 – Seramai 8 pelajar bersama 2 pegawai dari IKTBN Alor Gajah telah menyertai Program Klinik Motocross Track Day Peringkat Negeri Melaka Siri 2 Tahun 2025 yang berlangsung di Taman Mahsuri, Pulau Sebang, Alor Gajah. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Alor Gajah dan turut disertai oleh belia setempat.
Program ini bertujuan memberi pendedahan, latihan serta pembangunan sahsiah dan jatidiri kepada peserta melalui pengendalian motosikal lasak dengan kaedah yang selamat dan terkawal. Aktiviti ini bukan sahaja memberikan pengalaman baharu kepada pelajar, malah menekankan aspek disiplin, keberanian dan kerjasama dalam suasana sukan ekstrem.
Tahniah dan syabas kepada wakil IKTBN Alor Gajah atas penyertaan mereka yang membuktikan keberanian serta semangat untuk mempelajari kemahiran baru dalam persekitaran selamat dan terkawal.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
