Penghayatan Sirah: Warga IKTBN Alor Gajah Immarahkan Program Maulidur Rasul 2026

    Penghayatan Sirah: Warga IKTBN Alor Gajah Immarahkan Program Maulidur Rasul 2026

    ALOR GAJAH — Surau Al-Qardawi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah menjadi venue utama bagi penganjuran Program Maulidur Rasul Peringkat IKTBN Alor Gajah 2026 yang dilaksanakan penuh penghayatan, baru-baru ini.Program keagamaan yang berlangsung pada Jumaat, 4 September lalu itu dianjurkan khusus sebagai wadah utama buat warga kampus bagi menghayati sirah, keperibadian akhlak, serta menyuburkan rasa kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.
    Bagi memeriahkan pengisian sambutan pada tahun ini, beberapa aktiviti pertandingan bertemakan islamik telah digerakkan melibatkan penyertaan aktif daripada para pelatih. Antara pertandingan yang dianjurkan termasuklah Pertandingan Menulis Khat, Kuiz Keagamaan, Penghasilan Video Pendek, serta Reka Bentuk Poster.Kemuncak majlis turut diisi dengan sesi ceramah khas bertajuk Mencontohi Nabi SAW: Tanda Cinta Kepada Rasulullah yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustazah Rozita binti Abdul Hamid.
    Majlis penyampaian hadiah kepada barisan pemenang telah disempurnakan oleh Pengarah IKTBN Alor Gajah, Puan Nor Azah binti Ahmad Dahalan. Turut hadir menyaksikan kelancaran program ialah Pn. Surinah Siron (Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan), En. Saiful Maarof Masrom (Timbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar), serta barisan pegawai institusi.
    Sebelum tirai program dilabuhkan, para pelatih turut didedahkan dengan satu slot pengisian khas iaitu Taklimat Kepentingan Pengurusan Kewangan yang dikendalikan oleh wakil Bank Simpanan Nasional (BSN).Taklimat daripada agensi perbankan berkenaan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta memberikan panduan praktikal kepada para pelajar institut mengenai kaedah pengurusan kewangan yang bijak, sistematik, dan berhemah sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan kelak.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.