Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026

    Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026

    Ayer Keroh, 5 Oktober 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah turut memeriahkan Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 menerusi penyertaan pameran yang mengetengahkan peluang pendidikan dan latihan kemahiran dalam bidang TVET kepada golongan belia dan ibu bapa.

    Penyertaan ini menjadi platform bagi IKTBN Alor Gajah untuk memperkenalkan program-program kemahiran yang ditawarkan, khususnya dalam bidang Hospitaliti dan Elektrik dibawah Persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran & Suruhanjaya Tenaga.

    Selain itu, meja pameran IKTBN Alor Gajah turut mendapat kunjungan daripada orang ramai, khususnya ibu bapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai peluang yang tersedia untuk anak-anak mereka melanjutkan pengajian dalam bidang TVET.

    Pempamer institut turut mengambil kesempatan untuk memberikan penerangan berkaitan Program Latihan Inklusiviti Belia Autisme dan Berkeperluan Khas, selain memperkenalkan kursus separuh masa dan kursus jangka pendek yang ditawarkan di IKTBN Alor Gajah.


    ILKBS Profesional Terunggul
    TVET Pilihan Utama Kerjaya

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.