Pertandingan Spelling Bee Meriahkan Suasana Kampus IKTBN AG

    Pertandingan Spelling Bee Meriahkan Suasana Kampus IKTBN AG

     
    IKTBN Alor Gajah | 20 Mei 2026 – Cawangan Hal Ehwal Pelajar (HEP), IKTBN Alor Gajah telah menganjurkan Pertandingan Spelling Bee yang berlangsung dengan penuh meriah dan mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelajar. Program ini diadakan bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris serta membina keyakinan pelajar dalam komunikasi dan ejaan.
    Pertandingan yang berlangsung di Bilik Seminar ECC yang melibatkan beberapa kumpulan pelajar daripada pelbagai program pengajian. Sesi kelayakan telah diadakan pada 19 Mei sebelum peserta terbaik mara ke peringkat akhir pada 22 Mei 2026.

    Selain menguji kemahiran ejaan, pertandingan ini turut memupuk semangat daya saing sihat, kerjasama dan keberanian dalam kalangan peserta. Penganjuran program ini diharap dapat melahirkan pelajar TVET yang seimbang dari aspek kemahiran teknikal dan komunikasi.
     

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul
    #teknologihospitaliti
    #teknologielektrik 
    #iktbnalorgajah
    #ILKBS
    #MalaysiaMadani
    #MadaniBekerja

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.