Lawatan Sambil Belajar SMK Dato’ Onn ke IKTBN AG

    Lawatan Sambil Belajar SMK Dato’ Onn ke IKTBN AG

    ALOR GAJAH, 20 Mei – Seramai 50 orang pelajar dan empat guru pengiring dari SMK Dato’ Onn, Batu Pahat, Johor telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah.Kehadiran delegasi tersebut telah disambut mesra oleh Ketua Cawangan Hal Ehwal Pelajar (KCHI), Puan Mariyati Asri, bersama barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKTBN Alor Gajah. Program dimulakan dengan sesi taklimat santai mengenai:
    • Peluang melanjutkan pengajian di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), khususnya di IKTBN Alor Gajah.
    • Prospek kerjaya yang luas dalam bidang pengajian Teknologi Elektrik.
    Para pelajar kemudiannya dibawa melawat ke bengkel bagi melihat sendiri aktiviti pembelajaran amali yang sedang berlangsung. Pengalaman secara langsung tersebut melibatkan dua jurusan utama:
    • Jurusan Pendawaian Elektrik: Sesi pepasangan elektrik dikendalikan bersama para pelajar serta barisan pengajar iaitu Puan Rohaida, Encik Anuar Fathi, Encik Ilham, dan Tuan Haji R. Onn.
    • Jurusan Penjaga Jentera Elektrik: Sesi pendedahan dipimpin oleh Encik Khairul Azhar dan Encik Wan Nusmadi.
    Suasana lawatan ke bengkel elektrik bertambah seri apabila Pengarah IKTBN Alor Gajah, Puan Nor Azah Ahmad Dahalan, bersama Timbalan Pengarah Pengurusan & HEP, Encik Saiful Maarof Masrom, turut turun padang untuk menyantuni serta beramah mesra dengan para guru dan pelajar.
    Melalui lawatan, taklimat, dan penglibatan dalam aktiviti pembelajaran amali ini, para pelajar diharap mendapat gambaran serta maklumat sebenar mengenai bidang kemahiran. Seterusnya, ia mampu menarik minat mereka untuk memilih bidang Teknologi Elektrik dan menyambung pengajian di IKTBN Alor Gajah.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #teknologielektrik
    #iktbnalorgajah
    #ILKBS
    #MalaysiaMadani
    #MadaniBekerja

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.