Sekretariat Rakan Muda IKTBN Alor Gajah Bersama Masyarakat Kg Belimbing Melaka

    Sekretariat Rakan Muda IKTBN Alor Gajah Bersama Masyarakat Kg Belimbing Melaka

    Alor Gajah, 01 November 2025 -Seramai 40 orang Sekretariat Rakan Muda IKTBN Alor Gajah bersama dua orang pegawai pengiring serta Penyelaras Rakan Muda, En. Muhammad Shafiq Md Jaih, telah berjaya melaksanakan program gotong-royong bersama kariah Masjid Imam Muslim, Kampung Belimbing Dalam.

    Program ini dilaksanakan bagi menyemai semangat kesukarelawanan, mempererat hubungan bersama masyarakat setempat serta memperkukuh penglibatan belia dalam aktiviti komuniti. Pelbagai aktiviti pembersihan dan kerja kemasyarakatan telah dijalankan bagi memastikan persekitaran masjid lebih selesa dan teratur untuk kegunaan jemaah.

    Turut hadir memberikan sokongan ialah YB Datuk VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan & NGO Negeri Melaka, bersama pemimpin setempat sempena Program SATRIA WRUR Durian Tunggal, Melaka 2025. Kehadiran beliau menyerikan program serta memberikan dorongan kepada para peserta agar terus aktif dalam inisiatif belia di peringkat komuniti.

    Program ini diharapkan dapat terus memupuk budaya kesukarelawanan dalam kalangan belia ILKBS serta menyokong aspirasi membentuk generasi belia berdaya saing, berakhlak dan berbakti kepada masyarakat.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul
    #iktbnalorgajah
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja
    #MalaysiaMadaniRakyatDisantuni

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.