Majlis Penutup Program Akademi Dalam Industri ILKBS 2025 Masakan Tradisional Negeri Sembilan

    Port Dickson, 5 November 2025-  Telah berlangsung Majlis Penutup Tamat Latihan Program ADI ILKBS 2025 (Restaurant and Kitchen Service) anjuran bersama IKTBN Alor Gajah dan Warung Salai Group Sdn Bhd.

    Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh En. Asmori Hj. Sa'ahari, Pengarah IKTBN Alor Gajah dan turut bersama Pengarah Urusan Warung Salai Group Sdn. Bhd, En Salfa Izuan Mustapah serta hadir Pn. Musyrifah Elias, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan Kekompetenan Belia (BPKB), KBS.

    Seramai 5 orang belia telah mengikuti program ini dengan jayanya bermula pada 01 Ogos 2025 bertempat di Warung Salai Group Sdn Bhd, Negeri Sembilan.
    TAHNIAH dan SYABAS kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul
    #iktbnalorgajah
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja
    #MalaysiaMadaniRakyatDisantuni

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.