Semangat Patriotik Meluap, Warga IKTBN Alor Gajah Meriahkan Perbarisan Hari Kebangsaan 2026

    Semangat Patriotik Meluap, Warga IKTBN Alor Gajah Meriahkan Perbarisan Hari Kebangsaan 2026

    KLEBANG, 31 OGOS  — Kontinjen perbarisan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah menzahirkan semangat patriotisme yang tinggi apabila turut serta memeriahkan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Negeri Melaka, baru-baru ini. Acara gilang-gemilang yang bertemakan Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati itu telah berlangsung dengan penuh suasana warna-warni di Persiaran Jalan Pantai, Klebang, Melaka pada Isnin, 31 Ogos lalu.
    Bagi perarakan edisi kali ini, IKTBN Alor Gajah telah menghantar seramai 45 orang pelatih bersama 6 orang pegawai pengiring bagi mewakili institusi berkenaan di bawah kontinjen Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS). Kehadiran warga institut dengan berdisiplin serta segak beruniform nyata menyuntik keceriaan sepanjang laluan perbarisan sambil mengibarkan Jalur Gemilang di hadapan ribuan tetamu dan masyarakat menyemarakkan lagi rasa cinta akan tanah air.
    Penyertaan tahunan ini bukan sahaja menjadi platform untuk menonjolkan imej positif pelatih Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada masyarakat, malah ia berjaya menyemai nilai jati diri, disiplin yang tinggi, serta perpaduan erat dalam kalangan generasi muda belia negara.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.