Sesi Promosi Kemasukan Pelajar Baharu Sempena Hari Penyerahan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025

    Masjid Tanah | 31 Mac 2026  Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah telah melaksanakan sesi promosi kemasukan pelajar baharu bersempena Hari Penyerahan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di beberapa buah sekolah sekitar Melaka.

    Antara lokasi yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Adi Putra Masjid Tanah dan SMK Kerubong. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar lepasan SPM mengenai peluang melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

    Di SMK Adi Putra Masjid Tanah, sesi penerangan telah dikendalikan oleh En. Muhamad Syafiq, yang memberikan maklumat terperinci serta menjawab pertanyaan pelajar berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan bagi pengambilan sesi Julai 2026.

    Manakala di SMK Kerubong, sesi promosi telah dikendalikan oleh En. Mohd Syahmi dan En. Saiful Nizam, yang turut memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat program serta membantu pelajar memahami laluan kerjaya yang ditawarkan melalui TVET.

    Secara keseluruhannya, inisiatif ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam meningkatkan kesedaran pelajar terhadap peluang pendidikan kemahiran, selaras dengan keperluan industri semasa serta aspirasi pembangunan modal insan negara.

    ILKBS Profesional Terunggul
    #iktbnalorgajah
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.