IKTBN Alor Gajah Tenerima Sijil Perakuan Pendaftaran Civil Defence Auxiliary (CDA)

    Masjid Tanah | 31 Mac 2026 –  Bertempat di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Melaka, telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) ke-74 peringkat negeri. Bersempena majlis tersebut, Pasukan Emergency Response Team (ERT) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah telah menerima Sijil Perakuan Pendaftaran Civil Defence Auxiliary (CDA) sebagai pengiktirafan terhadap keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan dalam menghadapi situasi kecemasan.

    Sijil tersebut telah disampaikan oleh Kamarulsyah bin Muslim dan diterima oleh En. Saifoul Maarof bin Masrom, Timbalan Pengarah Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar, mewakili Pengarah IKTBN Alor Gajah.

    Pasukan CDA-ERT IKTBN Alor Gajah merupakan sebuah pasukan sokongan yang sentiasa berada dalam keadaan siap siaga serta berkeupayaan memberikan bantuan dan bertindak balas terhadap pelbagai situasi kecemasan, termasuk kemalangan dan bencana di tempat kerja, berlandaskan kemahiran serta ilmu pertahanan awam yang dimiliki.

    Diharapkan pengiktirafan ini akan menjadi pemangkin kepada seluruh warga institusi untuk terus memperkukuh budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan, di samping meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan. Usaha ini selaras dengan aspirasi penubuhan CDA-ERT dalam memastikan persekitaran kerja yang selamat, responsif dan berdaya tahan.

    ILKBS Profesional Terunggul
    #iktbnalorgajah
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.