Tahniah Pegawai IKTBN Alor Gajah Di Majlis Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia 2025

    Tahniah Pegawai IKTBN Alor Gajah Di Majlis Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia 2025

    Seremban, 11 November 2025 -  Seramai 3 orang pegawai IKTBN Alor Gajah iaitu En. Saiful Maarof Masrom, En. Mohd Syahmi Md Lasa serta En. Ahmad Iswadi Ishak telah berjaya ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3, bidang Profesionalisme Kerja Belia dalam Majlis Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia Kali Ke-2 Tahun 2025 yang diadakan di Klana Resort Seremban.

    Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang turut menyampaikan sijil kepada para penerima. Turut hadir, YBrs. Pn. Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) serta En. Mohd Hazan Dahari, Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson.

    TAHNIAH kepada semua penerima atas pentauliahan ini. Semoga terus komited dalam memperkasa pembangunan belia negara.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul
    #iktbnalorgajah
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja
    #MalaysiaMadaniRakyatDisantuni

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.