Pelajar Penyediaan Roti dan Penjaga Jentera Elektrik  Santuni Penghuni  Rumah Titian Kaseh Ampang

    Pelajar Penyediaan Roti dan Penjaga Jentera Elektrik Santuni Penghuni Rumah Titian Kaseh Ampang

    Kuala Lumpur. 9 November 2025-Telah berlangsung Program KBP 3.0 (Kami Belia Prihatin) – “Mencari Kasturi Firdausi” di Rumah Titian Kaseh Ampang.

    Program ini dianjurkan oleh Pelajar Bahagian Penyediaan Roti Semester 3, IKTBN Alor Gajah bagi memenuhi keperluan Subjek UPB 3341. Seramai 22 orang pelajar dari Penyediaan Roti dan 7 orang pelajar Diploma Penjaga Jentera Elektrik, turut bersama Pn Nurul Baity binti Maarof, Pn Siti Zubaidah binti Bakri, En Muhamad Ashraff bin Mohd Jamil, En Mohd Rizan bin Gani telah sama-sama menyantuni dan berkongsi ilmu menghias kek cawan dan menghias roti dengan anak-anak di Rumah Titian Kaseh.

    Program seperti ini dapat menyemai nilai keprihatinan pelajar dengan menyelami kehidupan anak-anak yatim serta golongan yang memerlukan bantuan, sekali gus memupuk rasa kasih sayang dan keinsafan dalam diri.

    Aktiviti ini juga dapat meningkatkan semangat kesukarelawanan para pelajar selain mengasah kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan.
    Berinteraksi dengan rakan dan komuniti luar membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran interpersonal.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul
    #iktbnalorgajah
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja
    #MalaysiaMadaniRakyatDisantuni

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.