Taklimat Anugerah Remaja Perdana (ARP)

    Taklimat Anugerah Remaja Perdana (ARP)

    Masjid Tanah | 29 Januari 2026 – Bertempat di Electronic Convention Center, IKTBN Alor Gajah, satu Taklimat Anugerah Remaja Perdana (ARP) telah diadakan sempena Minggu Paradigma IKTBN Alor Gajah Sesi 1/2026 dengan penglibatan aktif para pelajar.

    Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Fadzira Binti Sepian, Pegawai Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, yang menerangkan secara terperinci mengenai objektif, komponen serta kepentingan penyertaan belia dalam program Anugerah Remaja Perdana sebagai platform pembangunan sahsiah, kepimpinan dan keseimbangan diri.

    Bagi meningkatkan kefahaman dan penglibatan pelajar, pertandingan kuiz secara dalam talian turut dianjurkan dan menerima sambutan yang menggalakkan. Program diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang kuiz sebagai galakan dan motivasi kepada pelajar untuk terus aktif menyertai program pembangunan belia di peringkat institusi dan negeri.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul
    #iktbnalorgajah
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja
    #MalaysiaMadaniRakyatDisantuni

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.