Taklimat Pendedahan Buli dan Gangguan Seksual Dalam Kalangan Belia di IKTBN Alor Gajah

    Taklimat Pendedahan Buli dan Gangguan Seksual Dalam Kalangan Belia di IKTBN Alor Gajah

    Alor Gajah | 28 Januari 2026 – IKTBN Alor Gajah telah menganjurkan satu taklimat pendedahan berkaitan isu buli dan gangguan seksual dalam kalangan belia bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman pelajar terhadap isu sosial yang semakin membimbangkan ini. Program ini memberi fokus kepada bentuk-bentuk buli dan gangguan seksual, kesannya terhadap kesejahteraan emosi, keselamatan dan perkembangan diri belia, serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil.

    Taklimat disampaikan oleh ASP Wan Nor Izatul Amar Binti Wan Ismail dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, yang turut menekankan peranan belia dalam melindungi diri, berani melaporkan kejadian dan mematuhi undang-undang.

    Penganjuran program ini diharapkan dapat melahirkan generasi belia yang lebih peka, berani dan bertanggungjawab dalam menangani isu sosial semasa, seterusnya memupuk budaya selamat dan harmoni di kalangan masyarakat belia.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul
    #iktbnalorgajah
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja
    #MalaysiaMadaniRakyatDisantuni

     

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.