Temuduga Pelajar Program Kursus Asas Pembuatan Pastri dan Barista

    Bertempat di Electronic Convention Center (ECC), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah, telah diadakan sesi temuduga pengambilan pelajar baharu bagi Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia(Autisme & Berkeperluan Khas ILKBS Sesi 2/2025. Seramai 9 orang calon telah mendaftar bagi sesi temuduga tersebut.Temuduga dikendalikan oleh barisan tenaga pengajar program yang diketuai Penyelaras En. Hairul Anuar Zakariah.
     
    Program ini akan dilaksanakan dalam tempoh enam (6) bulan pembelajaran. Antara modul yang akan dipelajari oleh belia – belia Inklusiviti ini adalah pembuatan pelbagai berasaskan roti, minuman berasaskan kopi, produk pastri selain itu diterapkan juga modul keusahawanan.
     
    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.