
Bachok, 27 September 2025 – Selaras dengan inisiatif nasional bagi memupuk budaya kebersihan dan kelestarian alam sekitar, Hari Cuci Malaysia telah disambut dengan penuh semangat di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok.Program bermula seawal jam 8.00 pagi, dengan penglibatan aktif warga institut yang terdiri daripada pelajar dan staff.
Peserta dikumpulkan bermula dari kawasan Asrama dan berakhir di Kuarters, dengan setiap peserta memainkan peranan dalam memastikan kawasan yang ditetapkan berada dalam keadaan bersih dan teratur. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah IKTBN Bachok, Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim, yang turut menyampaikan ucapan perangsang kepada para peserta serta menekankan kepentingan menjaga kebersihan sebagai sebahagian daripada amalan hidup masyarakat Malaysia Madani.
Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin